KUALA LUMPUR: Pemaju projek pembangunan semula Sungai Baru, Kampung Baru, Ritzy Gloss Sdn Bhd bersedia menawarkan pangsapuri bernilai RM300,000 kepada 38 pemilik flat PKNS Sungai Baru yang tidak bersetuju dengan projek tersebut.
Pengarah Ritzy Gloss Abdul Hadi Ahmad berkata tawaran pangsapuri berkeluasan 900 kaki persegi melalui pakej harmoni itu boleh dimiliki dengan separuh harga daripada jumlah pampasan pengambilan tanah yang diterima oleh setiap pemilik flat.
"Sebagai contoh, pemilik yang menerima jumlah pampasan pengambilan tanah berjumlah RM250,000 boleh memiliki pangsapuri ini dengan harga RM125,000.
"Kediaman ini dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air berserta satu tempat letak kereta yang akan dibina di dalam kawasan projek pembangunan semula itu," katanya pada sidang media mengenai projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru di sini, hari ini.
Abdul Hadi berkata tawaran itu akan dikemukakan kepada pemilik flat berkenaan selepas mereka menerima jumlah rasmi nilai pampasan pengambilan tanah daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKTPG) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sabtu lepas, sebahagian penduduk Kampung Sungai Baru melakukan bantahan terhadap projek pembangunan semula kawasan tersebut kerana tidak berpuas hati dengan tawaran pampasan rendah di bawah tatacara Akta Pengambilan Tanah 1960.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata pihaknya menggunakan peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960 yang dilaksanakan pada Januari 2021 selepas rundingan lima tahun tidak berjaya mendapat persetujuan keseluruhan pemilik flat.
"Setakat ini, 85 peratus atau 226 pemilik flat telah bersetuju dengan projek pembangunan semula kawasan ini dan sekiranya 38 lagi pemilik flat bersetuju, projek tersebut dijangka boleh dimulakan antara Jun atau Julai tahun depan," katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Pemilik Hartanah Kampung Sungai Baru Zulfakar Wahid berkata usaha untuk mendapatkan persetujuan keseluruhan penduduk bagi projek pembangunan semula itu telah dimulakan pada 2016 namun hanya minoriti sahaja yang tidak menyokongnya.
"Orang (pemilik) yang menyokong sudah 85 peratus dan setiap majoriti harus diberi keutamaan, kesian orang yang sudah pindah ke rumah transit, menyewa di luar dan sudah ada yang meninggal dunia sementara menunggu projek ini dilaksanakan," katanya.
Zulfakar turut menjelaskan kekeliruan orang ramai bahawa projek pembangunan Kampung Sungai Baru tersebut adalah berbeza dengan pembangunan semula Kampong Bharu di bawah Lembaga Tanah Pertanian Melayu (MAS).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 10 2021
Pemandangan Kampong Bharu yang semakin terhimpit dengan pembangunan. - Gambar hiasan/ Bernama
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
Pencahayaan Pintasan Saloma bertemakan "Ghostbusters: Afterlife" mulai hari ini
Ini sempena tayangan pembukaan filem baharu itu di seluruh pawagam pada Khamis.
PKB hanya bertindak sebagai fasilitator dalam pembangunan semula Kampung Sungai Baru
Perjanjian usaha sama tersebut adalah antara pemilik tanah/petak dengan Ritzy Gloss Sdn Bhd.
Insiden LRT bertembung: Prasarana mohon maaf kepada rakyat Malaysia
"Kami amat dukacita dengan kejadian ini yang menghapuskan rekod baik LRT Laluan Kelana Jaya yang telah beroperasi selama 23 tahun.-
Prasarana minta 83 penumpang tampil untuk urusan sumbangan ihsan
Prasarana setakat ini hanya dapat mengenal pasti 130 penumpang yang terlibat dalam insiden pertembungan tren LRT baru-baru ini.
PKP 2.0: Pematuhan SOP tinggi dalam kalangan masyarakat di ibu negara - Polis
Hari ketiga Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semakin meningkat dalam kalangan masyarakat terutamanya di ibu negara.
PKP 2.0: Kampong Bharu lengang, tidak sesak seperti biasa
Bagi peniaga, tiada apa mereka boleh katakan selain perniagaan terjejas teruk dan jumlah pelanggan merosot, ada yang berkurang sehingga 80 peratus.
Pembangunan Kampong Bharu: Utamakan kepentingan anak jati - Adib
Ia sekali gus kewajipan kepada semua pihak bahawa apa pun hala tuju yang dituju ianya mesti untuk kesejahteraan umat Islam di Kampong Bharu.
Kerajaan komited bangunkan Kampong Bharu - Annuar Musa
Kerajaan dalam perancangan untuk memodenkan kawasan tersebut.
Selesaikan isu pemilikan sebelum cerita pembangunan Kampong Bharu - MAS
Semua pihak perlu menyelesaikan isu pemilikan tanah di Kampong Bharu sebelum membuat sebarang perancangan untuk pembangunannya.
Pembelian tanah RM1,000 sekaki di Kampong Bharu mungkin tidak dapat dilaksana - Menteri
Tawaran pembelian tanah RM1,000 sekaki persegi bagi pelan konsep pembangunan Kampung Bharu mungkin tidak dapat dilaksanakan.